Sunday, November 2, 2008

Abah..


Abah…

Kak nana masih ingat diawal pagi abah kejutkan kami adik beradik manakala mak pasti mengambil tugas rutinnya menyiapkan sarapan, Kak nana masih lagi terkenang saat2 tersebut mak mesti sedia sarapan pagi dan paling kerap mak masak nasi goreng kunyit letak telur. Pagi2 memang sibuk, abah akan hantar kami ke sekolah, dalam perjalanan banyak nasihat yang abah bagi, tapi sayang pada masa tu Kak nana terlalu mentah untuk menilai, walaupun Kak nana rasa sesuatu kuasa dalam diri Kak nana untuk mengejar cita2ku selepas mendengar kata2 abah tapi Kak nana belum menyedari kata2 tersebut sangat bernilai. Apa yang pasti apabila sampai di sekolah Kak nana rasa begitu semangat untuk belajar. Malah pada ketika itu jika diberi pilihan sama ada nak belajar atau bercuti Kak nana pasti nak belajar. Nasihat abah yang paling berkesan dan masih segar dalam ingatan Kak nana, abah nak anak2 abah ada lebih dari apa yang abah ada. Sejujurnya Kak nana rindu saat itu…walaupun Kak nana akui Kak nana selalu kena marah sebab selalu lambat bersiap tapi Kak nana bertuah ada kakak yang sangat baik dan dia selalu ‘cover’ Kak nana.

Abah…

Semasa sekolah menengah kak nana tinggal di asrama, abah terus memberi nasihat tapi sayang, kak nana dah anggap nasihat tu macam leteran lantaran jiwa remaja yang sentiasa memberontak. Tapi sekarang bila berjauhan kak nana rindu nasihat-nasihat abah dulu. Mungkin Allah nak mengajar kak nana, sunguh hebat perancangan Allah, semakin jauh kak nana belajar semakin banyak kak nana belajar tentang erti kehidupan. Kak nana bangga ada abah macam abah, kak nana nak terus bersama abah walaupun akan sampai ketika pegangan tangan kita akan terlerai dan tangan abah akan menyerahkan tangan kak nana kepada insan lain. Kak nana nak kita sekeluarga akan bersama di dunia dan akhirat. Kak nana harap kak nana menjadi anak kebanggaan abah..

5 comments:

bukri said...

hm...;)

el da tWinkle iN Heaven said...

syahdunye...
ku juga teringat di kala skolah rendah dolu..abah sanggup teman anak dia ni wat keja skolah sampai tgh malam..wawa..

bukri said...

xdapat nk komen

shaddryna said...

ye..terkenang kisah lama bila dah kat sini sorg2..

Haslina@j said...

bgus2 hehe.. best gak cite nana ni.semoga nana berjaya ye,,,jgn sedih2 kalu duk sorang.hihi